Wednesday, March 24, 2010

Muhasabah STUDY WEEK ku...




Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh...
Syukur buat yang maha p'ngatur segala, Alhamdulillah pagi ni Pelangi masih diberi 2 kenikmatan tak terhingga lagi iaitu rasa indahnya Islam dan bahagianya Iman... posting kali ni mungkin posting terakhir sebelum exam, seminggu lg nk exam,insyaAllah 11/4/10...
mgu depan study week,Pelangi akan cuba manfaatkan sebaiknya...1 minggu lebih tersebut..

Ok...Straight to the point...nak kongsi sikit, semalam mase tunggu lecture masuk, seorang sahabat telah menghulurkan satu kertas yang bertulis satu artikel yang bertajuk Muhasabah study weekku...rasa cam tersentuh juga baca artikel tu...,mne tak nya...sume dalam tu mcm terkena je, tp Alhamdulillah Pelangi antara yang bertuah dapat baca tazkirah buat santapan hati tu...

...tapi nak fokus kt sini tentang 4 persoalan yang amat menarik minat Pelangi dan moga selepas ni, sama-sama kita cuba baiki bersama...

  • Pertama : Adakah anda antara mereka yang menggunakan study week untuk berjaga malam?
  • Kedua : Adakah anda antara mereka yang menggunakan study week time untuk lebih taqarrub kepada si Pencipta otak anda?
  • Ketiga : Adakah anda antara mereka yang menggunakan study week untuk mendapat syafaat ilmu suatu hari nanti?
  • Keempat : Adakah anda antara yang sentiasa istiqamah melakukan semua itu selepas study week?
Untuk persoalan pertama,kedua,ketiga,keempat...

Bila study week semua orang rajin bangun malam, tapi sayang hanya bangun untuk study semata-mata, tidak pernah disertai dengan amalan zikrullah. Sedangkan Ibnu Sina seorang cendikiawan yang bangun pada tengah malamnya untuk 'study' nya penuh dengan sulaman tasbih, zikrullah dan pengharapan kepada yang maha pencipta, dan akan disertai dengan solat sunat 2 rakaat tika merasakan sedikit kepayahan...tu cendikiawan....
kita? sampai ke maratabat tu? cendikiawan ke cendawan? apa sulaman kita?...apa yang kita sertai tika kita merasakan kesusahan itu?

Ya Allah iftahlana hikmataka ya Allah...

Kita hanya sulaminya dengan cara mendengar lagu-lagu untuk lebih senang faham kononnya, marah tika rasa susah sikit hafalan nak masuk...sedangkan tak fikir pun, kita yang buat kita jadi lembab gitu jangan persalahkan orang lain...buat pengetahuan kalian elemen muzik tu mampu menggelapkan molekul air, dan bayangkan lah berapa banyak dah molekul cecair dalam badan kita bertukar menjadi hitam...pekat tar jalan raya nun...Nauzubillah..lepas tu, macammana nak mudahkan segalanya? fikir2lah wahai cerdik pandai yang berada dihadapan ini...

Seterusnya...Taqarrub kepada maha Adzhim mase study week sahaja...MasyaAllah, Ighfir zunubana ya Allah...
Minggu ni la ramai yang baru merasai cinta Allah, bangun malam, sanggup korban tidur, sembahyang, mintak macam2, tapi fokusnya exam jela...

huhuhu..wahai teman2 dan diriku yang lagha ini, tak malu k? time susah barulah cari Allah, cerita segala masalah, kongsi kesedihan, keresahan denganNya...mintak segalanya daripada Dia...tapi time senang? kat mana kita? ...tak pernah pulak nak kongsi kesenangan tu denganNya...tapi bila susah balik, pergi balik jumpa yang maha Esa cerita kisah sedih, resah kita...

......malunya...nasib baik la yang maha hebat dan maha berkuasa itu Pengasih Penyayang tak pernah pun kita ditinggalkan walau kita selalu meninggalkanNya...tapi Dia tak pernah merungut pun, tarik kenikmatan yang dia bagi pinjam pun tak pernah, tiap2 hari bagi lagi nikmat nafas, telinga, mata...dan sebagainya untuk kita...walau kita sombong ngan Dia...klu kita ditempatNya nak lagi ke kawan ngan orang pesen macam ni ea? sekurang-kurangnya kita mesti kata dia kurang asam, kurang ajar, tak kenang budi...tapi yang maha Pengasih ni tak pernah pun...

Sabbit Qulubana ala dinnik wala toa' tik....

macammana ni? dapat ke syafaat dari ilmu kalau macam ni keadaan kita?...katenye: xpe nabi ade bleh bagi syafaat jugak,....huhuhu, nak nabi bagi syafaat, masa kat dunia sebut nama baginda setahun sekali time majlis Maulud atau cukur jambul...tu pun kadang2 ikut org je, tak de pun cintakan baginda tu hadir...katenye lg: x pe ade tanda umat Muhammad kan?...huhuhu, tanda kt ane? kat lebihan wudhuk? wudhuk pun kadang2 tak lengkap, tak sempurna...tanda sujud? sujud pun sekejap jer, x pernah lama, cam ayam patuk padi je...macammana ni wahai temanku dan diriku?

lepas study week dan lepas exam nanti ade lagi ke amalan2 ini? soalan ini untuk semua aku dan kamu...timbang2 sebaiknya....

Ya Tuhanku, kasihi kami, masukkan kami bersama golongan yang sentiasa mendapat redhaMU....
lepas study week, kehidupan pelajar pun macam biasa, malam jadi sunyi dah, xde dah bunyi air dalam bilik air untuk bangun solat sikit untukNya, yang dengarnya air orang bangun kencing tengah malam ade r...patutkah ini yang kita balas untukNya...tika kejayaan datang adakah Dia yang mula2 ingin kita cerita kisah indah kejayaan kita ini???...

bila fikir2 rasa macam tak nak belajar dah nak beribadah je...tapi tak boleh, untuk islam ditinggikan dan sekaligus menumpaskan kuffar yang nampak hebat pada zaman ini, (tp muslimin hebat selamanya) kita amat perlukan perintis ilmu, ahli inteligent dari kalangan kita, (tapi ikhlas kerana Allah...bukan yang menuntut untuk dunia semata)...jika kita tiada ilmu kita akan dihina...bukan kita sahaja, agama kita juga...

Astaghfirullah...Ya Allah...bukakan sentiasa pintu taubatMU untuk kami...
Marilah sama wahai teman2ku...kembali kepadaNya walau dimana pun, tika mana pun, saat mane pun... moga kita sentiasa berjaya didunia dan akhirat...

p/s: salam ukhwah fillah...salam exam buat semua sahabat2 KUIN yang akan menduduki final 11/4/10 ni...mga kita semua antara yang ikhlas dalam medan ini... Ya Allah, aturanMu amat kami perlukan.... mungkin ni posting terakhir sebelum exam, salam sayang buat semua sahabat...panjang umur kita jumpa lagi diarena tinta ini..... doakan kemudahan, dan kejayaan untuk Pelangi dan semua sahabat2 KUIN....

No comments:

Post a Comment