Wednesday, March 24, 2010

Muhasabah STUDY WEEK ku...




Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh...
Syukur buat yang maha p'ngatur segala, Alhamdulillah pagi ni Pelangi masih diberi 2 kenikmatan tak terhingga lagi iaitu rasa indahnya Islam dan bahagianya Iman... posting kali ni mungkin posting terakhir sebelum exam, seminggu lg nk exam,insyaAllah 11/4/10...
mgu depan study week,Pelangi akan cuba manfaatkan sebaiknya...1 minggu lebih tersebut..

Ok...Straight to the point...nak kongsi sikit, semalam mase tunggu lecture masuk, seorang sahabat telah menghulurkan satu kertas yang bertulis satu artikel yang bertajuk Muhasabah study weekku...rasa cam tersentuh juga baca artikel tu...,mne tak nya...sume dalam tu mcm terkena je, tp Alhamdulillah Pelangi antara yang bertuah dapat baca tazkirah buat santapan hati tu...

...tapi nak fokus kt sini tentang 4 persoalan yang amat menarik minat Pelangi dan moga selepas ni, sama-sama kita cuba baiki bersama...

  • Pertama : Adakah anda antara mereka yang menggunakan study week untuk berjaga malam?
  • Kedua : Adakah anda antara mereka yang menggunakan study week time untuk lebih taqarrub kepada si Pencipta otak anda?
  • Ketiga : Adakah anda antara mereka yang menggunakan study week untuk mendapat syafaat ilmu suatu hari nanti?
  • Keempat : Adakah anda antara yang sentiasa istiqamah melakukan semua itu selepas study week?
Untuk persoalan pertama,kedua,ketiga,keempat...

Bila study week semua orang rajin bangun malam, tapi sayang hanya bangun untuk study semata-mata, tidak pernah disertai dengan amalan zikrullah. Sedangkan Ibnu Sina seorang cendikiawan yang bangun pada tengah malamnya untuk 'study' nya penuh dengan sulaman tasbih, zikrullah dan pengharapan kepada yang maha pencipta, dan akan disertai dengan solat sunat 2 rakaat tika merasakan sedikit kepayahan...tu cendikiawan....
kita? sampai ke maratabat tu? cendikiawan ke cendawan? apa sulaman kita?...apa yang kita sertai tika kita merasakan kesusahan itu?

Ya Allah iftahlana hikmataka ya Allah...

Kita hanya sulaminya dengan cara mendengar lagu-lagu untuk lebih senang faham kononnya, marah tika rasa susah sikit hafalan nak masuk...sedangkan tak fikir pun, kita yang buat kita jadi lembab gitu jangan persalahkan orang lain...buat pengetahuan kalian elemen muzik tu mampu menggelapkan molekul air, dan bayangkan lah berapa banyak dah molekul cecair dalam badan kita bertukar menjadi hitam...pekat tar jalan raya nun...Nauzubillah..lepas tu, macammana nak mudahkan segalanya? fikir2lah wahai cerdik pandai yang berada dihadapan ini...

Seterusnya...Taqarrub kepada maha Adzhim mase study week sahaja...MasyaAllah, Ighfir zunubana ya Allah...
Minggu ni la ramai yang baru merasai cinta Allah, bangun malam, sanggup korban tidur, sembahyang, mintak macam2, tapi fokusnya exam jela...

huhuhu..wahai teman2 dan diriku yang lagha ini, tak malu k? time susah barulah cari Allah, cerita segala masalah, kongsi kesedihan, keresahan denganNya...mintak segalanya daripada Dia...tapi time senang? kat mana kita? ...tak pernah pulak nak kongsi kesenangan tu denganNya...tapi bila susah balik, pergi balik jumpa yang maha Esa cerita kisah sedih, resah kita...

......malunya...nasib baik la yang maha hebat dan maha berkuasa itu Pengasih Penyayang tak pernah pun kita ditinggalkan walau kita selalu meninggalkanNya...tapi Dia tak pernah merungut pun, tarik kenikmatan yang dia bagi pinjam pun tak pernah, tiap2 hari bagi lagi nikmat nafas, telinga, mata...dan sebagainya untuk kita...walau kita sombong ngan Dia...klu kita ditempatNya nak lagi ke kawan ngan orang pesen macam ni ea? sekurang-kurangnya kita mesti kata dia kurang asam, kurang ajar, tak kenang budi...tapi yang maha Pengasih ni tak pernah pun...

Sabbit Qulubana ala dinnik wala toa' tik....

macammana ni? dapat ke syafaat dari ilmu kalau macam ni keadaan kita?...katenye: xpe nabi ade bleh bagi syafaat jugak,....huhuhu, nak nabi bagi syafaat, masa kat dunia sebut nama baginda setahun sekali time majlis Maulud atau cukur jambul...tu pun kadang2 ikut org je, tak de pun cintakan baginda tu hadir...katenye lg: x pe ade tanda umat Muhammad kan?...huhuhu, tanda kt ane? kat lebihan wudhuk? wudhuk pun kadang2 tak lengkap, tak sempurna...tanda sujud? sujud pun sekejap jer, x pernah lama, cam ayam patuk padi je...macammana ni wahai temanku dan diriku?

lepas study week dan lepas exam nanti ade lagi ke amalan2 ini? soalan ini untuk semua aku dan kamu...timbang2 sebaiknya....

Ya Tuhanku, kasihi kami, masukkan kami bersama golongan yang sentiasa mendapat redhaMU....
lepas study week, kehidupan pelajar pun macam biasa, malam jadi sunyi dah, xde dah bunyi air dalam bilik air untuk bangun solat sikit untukNya, yang dengarnya air orang bangun kencing tengah malam ade r...patutkah ini yang kita balas untukNya...tika kejayaan datang adakah Dia yang mula2 ingin kita cerita kisah indah kejayaan kita ini???...

bila fikir2 rasa macam tak nak belajar dah nak beribadah je...tapi tak boleh, untuk islam ditinggikan dan sekaligus menumpaskan kuffar yang nampak hebat pada zaman ini, (tp muslimin hebat selamanya) kita amat perlukan perintis ilmu, ahli inteligent dari kalangan kita, (tapi ikhlas kerana Allah...bukan yang menuntut untuk dunia semata)...jika kita tiada ilmu kita akan dihina...bukan kita sahaja, agama kita juga...

Astaghfirullah...Ya Allah...bukakan sentiasa pintu taubatMU untuk kami...
Marilah sama wahai teman2ku...kembali kepadaNya walau dimana pun, tika mana pun, saat mane pun... moga kita sentiasa berjaya didunia dan akhirat...

p/s: salam ukhwah fillah...salam exam buat semua sahabat2 KUIN yang akan menduduki final 11/4/10 ni...mga kita semua antara yang ikhlas dalam medan ini... Ya Allah, aturanMu amat kami perlukan.... mungkin ni posting terakhir sebelum exam, salam sayang buat semua sahabat...panjang umur kita jumpa lagi diarena tinta ini..... doakan kemudahan, dan kejayaan untuk Pelangi dan semua sahabat2 KUIN....

Tazkirah buat semua...

Peringatan tentang hari Akhir...


1) Penaklukan Baitul Maqdis.
Daripada Auf b. Malik r.a, katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda : " Aku menghitung 6 perkara menjelangnya hari kiamat. " Baginda menyebutkan salah satu daripadanya iaitu penaklukan Baitul Maqdis."



2) Zina bermah
arajalela. Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenak enaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Sahih Muslim)





3) Bermaharajalela alat muzik.
" Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah, " ya Rasulullah bila hal ini akan terjadi?" Baginda menjawab; " Apabila telah bermaharajalela bunyi - bunyian (muzik) dan penyanyi - penyanyi wanita" - (Ibnu Majah )




4) Menghias masjid dan
membanggakannya. " Diantara tanda - tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah - megahan dalam mendirikan masjid" (Riwayat Nasai')




5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan
hubungan dengan tetangga tidak baik. " Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Friday, March 19, 2010

BIODATA IBLIS LAKNATULLAH

BIODATA IBLIS


  • NAMA : IBLIS LAKNATULLAH.

  • TARIKH LAHIR : BERMULA SEJAK KEENGGANAN UNTUK SUKA KEPADA NABI ADAM

  • STATUS : FASIK ( KELAS PERTAMA )

  • AGAMA : KUFUR

  • TEMPAT TINGGAL ( DUNIA ) : DI DALAM HATI MEREKA YANG LALAI

  • TEMPAT TINGGAL ( AKHIRAT ) : NERAKA JAHANAM

  • KAWASAN LEGAR : SETIAP TEMPAT YANG DI DALAMNYA TIADA USAHA UNTUK MENGINGATI ALLAH

  • ARAHAN PERJALANAN: TIADA & BENGKANG BENGKOK

  • ISTERI DUNIA : WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT, TIDAK MENTAATI ALLAH, RASUL & SUAMI

  • KAUM KERABAT : GOLONGAN YANG MENENTANG DAN MEMUSUHI ALLAH

  • MODEL PUSINGAN : ANGAN-ANGAN KOSONG

  • TEMPAT PERTEMUAN : SHOPPING COMPLEX

  • MUSUH KETAT YANG DI TAKUTI : ORANG ISLAM, MUKMIN YANG BERTAQWA & BERIMAN

  • HOBI/KEGEMARAN : MELALAIKAN, MENYESATKAN, MENGODA MANUSIA UNTUK MELUPAKAN ALLAH

  • MATLUMAT : MAKHLUK MENJADI BUTA ( KAFIR) DAN AKHIRNYA TURUT SERTA BERSAMANYA DIDALAM NERAKA JAHANAM

  • KELEMAHAN : ORANG YANG RAJIN BERZIKIR, BERISTIGHFAR

  • LAMBANG : SEBARANG TATU

  • PEJABAT OPERASI : TANDAS, TEMPAT MAKSIAT

  • RAKAN KONGSI : GOLONGAN MUNAFIK, SYAITAN YANG TERDIRI DARIPADA JIN DAN MANUSIA YANG JAHIL

  • SUMBER KEKAYAAN: HARTA HARAM, RIBA

  • MAKANAN KEGEMARAN : DAGING ORANG MATI, NAJIS, SEGALA KEKOTORAN

  • TEMPOH PERKHIDMATAN : SEHINGGA HARI KIAMAT.


P/S: KITA SEDANG KEMBALI KE ZAMAN JAHILIAH BESAR

KEMUNGKINAN KITA ADALAH UMMAT AKHIR ZAMAN. ALLAH

PASTI AKAN MENGAZAB ORANG YANG MELUPAKANNYA. JADI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERMUHASABAH DAN MEMBAIKI DIRI KITA SENTIASA

SEMOGA KITA DARI GOLONGAN ORANG YANG MUKMIN DAN

ORANG YANG BERTAQWA. AMIN.......................

Wednesday, March 17, 2010

sambungan... "bila Pelangi melakar Cinta..."

Alhamdulillah dgn rahmat yang maha Azhim...hari ni sekali lagi,dapatlah Pelangi mnyambung sikit ag...cerita mlm tu,pasal sahabiah Pelangi yang mrasa dirinya x mampu lg tk b'kata-kata buat sahabat2nya...
igt x ag sal memo yang sahabiah tu dpt..?sahabat Pelangi tu sedih sgt...dia rasa dia t'lepas ckp rase m'nyesal knapa dia bleh sentuh isu sensitif tu..?
YaAllah...istiqamahkan hati sahabatku ini...
tp Alhamdulillah,skrng beliau dah ok dh skit,hsil p'kongsian advice dr tman2 t'syg...dia skrg yakin,dia dtempat yang betul... Ahmdulillah...
huhu...(",)

inilah manusia,klu time kena tegur,x fikir balik dah...ape yang dtegur tu btul ke slh,kdg2 snggup agama ditolak tepi tuk mnyedapkan hati dgn pndapat sndiri... Pelangi pun x layak nak m'beri komentar tuk itu,krn kdg2 Pelangi pun t'golong dlm mrk yang x b'puas hati bila ditegur...Astaghfirullah hal azim...mge x kan b'ulang lg noda k'silapan semalam...
Tapi,Pelangi x b'puas hati dgn kte2 mrk bahawa cinta mrk adalh fitrah...btul k?msih fitrah kah ia?
betul...mmg cinta adalah prasaan lahiriah yang dijadikan sbgai fitrah dan menjadi salah satu aset dlm setiap manusia...tapi tahukah anda bahawa fitrah adalah sesuatu yang amat suci,tidak t'cela,dan belum tercela lagi,dan xakan tercela...tapi jika dia telah disaluti sesuatu yang kotor adakah sesuatu yang putih itu masih bersih lagi..?fikirkanlah...
cinta..couple...mmg prasaan 2 asal suci,tp jika cinta kalian berbaur nafsu hati,hingga snggup lwt2 solat,snggup bzirkn duit,masa study,...ape cerita?cinta tu fitrah lagi k?
Pelangi pun agak tkut jgk nk m'ngulas slbihnya...krn ini adalh isu snsitif yang org akn rase "ye ni,kate kt aku r tu.."
whaeverla...bg Pelangi,Pelangi hanya lah ingin b'kongsi problem,yang kita tgh hadapi skarang...sesuatu yg haram yang sume org tahu ianya haram dan tak brani nk sebut ianya adalah haram...inilah salah satunya...isu couple..
mari lah sama2 kita b'muhasabah...mge kita sentiasa dalam rahmatNya..

p/s : Pelangi pernah juga satu mase ari tu,cube sebut sal ni dlm muhasabah kelas,ramai yang x b'puas hati...mmg la Pelangi bknlah org yang lyk b'kata2 @ mberi nasihat...tapi skadar cba mnjaga diri sendiri dan sahabat2...bukannya m'beri nasihat atas dasar sesuatu yang Pelangi x buat...huhu...ala kulli hal...sape2 nk bg komentar untk posting kali ni...truskan mge2 m'bina buat Pelangi...n satu lagi,ia penting bagi Pelangi, " انظر إلى ما قال ولا تنظر غلى من قال "

Monday, March 15, 2010

Tgh upgrade..

sory...serabut kit x smpat nk care ag...nk peksa dh ea...doakan Pelangi yer...kengkawan...

Monday, March 8, 2010

bila PELANGI melakar cerita cinta...

Assalamualaikum warahmatulah wabarakatuh...
Alahamdulillah syukur yang tak terhingga buat yang maha berkuasa diatas segala sesuatu, krn tlh memberi sedikit mase untukku lakar tinta sebagai salah satu program wktu lapang yang aku miliki...hari ni ade lg jdoh ngan blog ni tuk melakar tinta rasa yang dah lame kesunyian...InsyaAllah, ats p'mintaan seorng rakan yang sekrng beliau rse b'slh wlau brada dlm jln yg btul dah...
sbnrnya Pelangi tak suka sgt nk komen psal isu sensitif ni...dan kadng2 tkut ade pndangan negatif lain plok... isu ape ek?huhuhu....
isu CINTA! COUPLE !...coz isu ni mmg bleh menarik perhatian sgl pihak and maybe ade yang ckp tak suka skit bile ade mulut atau tguran atau terbaca psal posting kali ini kot...
tadi ade mesej dari sahabat untuk Pelangi, ade seorang sahabiah yang semoga nmanya terlist antara yang dirahmati krn cuba meneruskan amar makruf nahi mungkar tp dikritik balik care beliau...
katenyer ade satu malam tu dlm malam muhasabah asrama,beliau cuba menegur dgn niat ikhlas mge dirinyer dan teman2 yang dicintai takkan ditarik oleh malik zabaniah suatu hari nanti krn satu sbb yang dianggap remeh dan besenyer akn dikatekan "bese r 2...lex2 cool dah r,,"... soal pe? couple r...beliau cuba menegur supaya teman seasrama,sebilik,sebantalnya b'muhasabah...tanda cinta sahabat ni...
antara soalan2 yg diajukan, wahai teman2...tlg fikir balik betul tak cara couple anda? bergayut 24 jam sampai abai study n ade smpi t'lewat smayangnya dihujung2 wktu,tu btul tak?membazir kredit nak tanyer makan dok ag,mandi dok ag,faedah ade dop?mak ayah tpon tak? dan ade jgk yang stail chat smpai lwt mlm n kuliah pagi esoknyer x nmpk pn,ok k? huhu...bagi Pelangi,Pelangi bersetuju dgn care beliau ni..tapi rupenye ade ramai yang tak setuju dengan beliau,smpaikn sanggup hantar memo pesanan supaya : (( jgn berani lagi nak komen isu sensitif ni, tlg open minded kit,tlg muhasabah semula psal fitrah cinta yang ade dlm hati setiap insan...jgn jdi bdk moden yang kuno...)) MasyaAllah, hebatnya pemikiran yang selalu bermuhasabah ni...ya Allah selamat kan sahabat2 ku semuanya,jgn ade yang t'tinggal...k r asar da msuk...nti kite smbg semula kesudahannya...