Monday, January 11, 2010

2 pelajar UPSI maut motosikal dilanggar lori



TANJUNG MALIM: “Arwah ceria dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan ketika dia pulang bercuti ke kampung pada pertengahan Disember lalu.

Rokiah, ibu Mohd Fadhiri Mohamad Ariffin, 23, seorang daripada dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dekat sini, yang terbunuh apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kira-kira jam 4.40 pagi semalam, berkata dia reda dengan pemergian anak kelima daripada sembilan beradik itu.


Turut terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 126, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur itu ialah rakan baik arwah, Mohd Faizol Abdul Syukor, 25.


Menurut Rokiah, arwah baru saja menamatkan pengajiannya di UPSI baru-baru ini dan dijadualkan menjalani praktikal di Sekolah Menengah Methodist di sini, bermula 18 Januari ini.


“Saya terkilan kerana cita-cita arwah menjadi guru tidak kesampaian. Ketika kali terakhir bertemunya di kampung di Tanah Merah, Kelantan, arwah juga tidak sabar menunggu Mei ini kerana abangnya berjanji akan membawa kami sekeluarga melancong ke Singapura.


“Namun, saya reda dengan apa yang berlaku dan anggap ia sebagai takdir,” katanya sebak.


Rokiah ditemui ketika menuntut jenazah anaknya di bilik mayat Hospital Teluk Intan (HTI) selepas dibedah siasat. Jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah, Kelantan selepas disembahyangkan di surau HTI...

petikan dr akbar harian metro 11.01.10


Takziah buat Ayah long n family...(abg mak)

Selepas berita Ayu nak operate sampi,tibe2 Pelangi terima pngilan lg...,Ya Allah tlglah tbhkn hatiku mlalui ujian demi ujian ini...sepupu Pelangi kemalangan kt Perak mase arwah m'bonceng b'sama seorang kawan,kawannya mniggal ditmpt kjdian...tp arwah msk ICU ptg td...n mngalami krosakan hati n usus...ptg td buat pmbedahan urgent...kita menyayangi tp Allah lebih menyayanginya...dlm operasi pmbedah ptg td,arwah meninggal...
Tlg sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...InsyaAllah ade ksmptn Pelangi akn cerita mngenai arwah suatu mase nanti,arwah bkn remaja biasa...
Al-Fatihah...,
Mohd Fadhiri Mohamad Ariffin, 23 thn...dan sahabat baik arwah Mohd Faizol Abdul Syukor, 25...umur yg amat muda, tp Allah lbih mnyayangi...moga roh mereka ditemptkn brsama roh2 mereka yg Allah kasihi,dan disediakn tmpt yg lbh baik lg disana...Al-Fatihah...



Hijau usia tidak menjanjikan
keabadian umur,
lantaran hidup ini tidak
bertongkatkan langit
Tidak berpasakkan bumi

hingga bila perlu alpa dalam sedar?
perlu buta dalam terang,
hingga bila perlu hanyut dalam badai
kenikmatan lautan duniawi,

saat tibanya Izrail,
tetamu tidak diundang,
sesal tinggal sesal,
semuanya bagai sampah
tidak berguna...

hingga bila baru sedar
hidup ini ada penghujungnya...



No comments:

Post a Comment